Saturday, December 7, 2013

Apakah Itu Stimulatherapy?

Apakah itu Stimulatherapy?


Stimulatherapy


Stimulatherapy ialah satu kaedah rawatan terapi yang diasaskan oleh Dato’ Dr. Rusly Abdullah (DIMP, PJK). Terapi ini ialah satu terapi holistik yang berupaya menyeimbangkan tubuh badan, minda dan semangat sekaligus merangsang atau menggalakkan kepada gaya hidup yang sihat. Terapi ini adalah satu kaedah rawatan yang berasaskan sistem perubatan tradisional/awal seperti mana juga yang tertulis di dalam Huang Di Nie Jing - The Yellow Emperor book of medicines.

Berikut merupakan salah satu artikel yang telah diambil dari En Nor Hakim, juruterapi Stimulaterapi yang berkhidmat di Sentul, dan telah diolah kembali oleh saya.


Stimulatherapy  merupakan satu kaedah perubatan yang merangsang titik-titik tertentu pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan ying & yang melalui terapi urutan & acupressure (Tekanan menggunakan jari). Tubuh manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’ & ‘distal’. Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh.

Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional.

Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (Pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang.

Intipati ilmu Stimulatherapy terletak pada prinsip pengaliran tenaga ‘Chi’ melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) dalam sistem meridian tubuh. Setiap masa (24/7) tubuh manusia menerima tenaga daripada alam semesta dalam pelbagai bentuk. Contoh mudah adalah seperti berikut:
  • tenaga kimia (makanan) melalui mulut
  • oksigen/bau melalui hidung
  • tenaga bunyi melalui telinga
  • tenaga cahaya/warna melalui mata dan sebagainya.

Tenaga yang memasuki tubuh akan dibekalkan kepada organ-organ penting seperi jantung, paru-paru, ginjal, hati , limpa dan sebagainya melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) tertentu. Ibarat sebiji lampu perlukan tenaga elektrik untuk menyala, begitulah juga organ-organ penting tubuh perlukan tenaga hayat (life energy) untuk terus berfungsi.






Gambarajah aliran tenga



Dalam Sistem Meridian Tubuh

Aliran tenaga dalam tubuh yang sihat adalah seimbang. Namum ia tidak semestinya sentiasa seimbang kerana aktiviti kehidupan seharian yang berbeza, pemakanan yang berbeza, umur yang semakin meningkat, keadaan sekeliling yang sentisa berubah-ubah, keadaan emosi yang berubah-ubah, bebanan kerja yang meningkat dan sebagainya menyebabkan berlaku gangguan pada kadar aliran tenaga kepada organ-organ penting yang disebut tadi. Ibarat sebatang longkang air lama-kelamaan pun akan tersumbat jua jika tidak diselenggara dengan baik.

Apabila berlaku ketidak seimbangan aliran tenaga, tubuh akan mula memberikan simptom atau petanda tertentu. Petanda ini boleh dikenal pasti (diagnos) oleh pengamal Stimulatherapy bertauliah seperti rasa sakit bila ditekan dititik-titik tertentu atau berdasarkan kondisi tubuh. Diagnos dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti organ yang mengalami kekurangan aliran tenaga. Tahap kekurangan aliran tenaga pada organ yang terlibat pula dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:
  • Insufficient – Tahap 1
  • Deficient – Tahap 2
  • Dysfunction – Tahap 3
  • Disorder – Tahap 4

Organ terjejas akan dirangsan dengan kaedah urutan & acupressure bertujuan untuk ‘top-up’ tenaga yang kurang. Urutan dilakukan pada saluran tenaga (energy channel) manakala acupressure pula dilakukan pada titik-titik terpilih sahaja yang terletak disepanjang saluran tenaga (energy channel) organ tersebut.
Selain daripada terapi fizikal, pesakit juga diberikan panduan pemakanan dan amalan gaya hidup yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.

Apabila tahap aliran tenaga kepada organ-organ penting seimbang, tubuh mempunyai keupayaan mengubati dirinya sendiri. Ubat sebenar bagi apa jua penyakit adalah keupayaan atau perawatan semula jadi tubuh.

Mengikut kajian saya juga, kaedah Stimulatherapy yang Diasaskan Oleh Dato’ Dr. Rusly Abdullah ini juga banyak menepati cara rawatan pada zaman Nabi SAW dan ini bakal diterangkan lebih lanjut pada masa akan datang insyaALLAH.